
WASHINGTON, 10 Februari – Tentera Amerika Syarikat pada Isnin memaklumkan pihaknya melancarkan serangan ke atas sebuah bot di timur Lautan Pasifik, mengakibatkan dua individu terbunuh manakala seorang lagi terselamat, dalam insiden terbaharu yang tidak didedahkan lokasi serta tarikh sebenar kerjadian.
- AS melancarkan serangan ke atas sebuah bot disyaki penyeludupan dadah di timur Lautan Pasifik.
- Dua individu terbunuh dan seorang terselamat dalam serangan itu.
- Rakaman U.S. Southern Command menunjukkan bot terkena serangan dengan letupan.
- Insiden menambah operasi ketenteraan AS bagi membanteras penyeludupan dadah antarabangsa.
Rakaman video yang dikeluarkan oleh U.S. Southern Command menunjukkan sebuah bot bergerak di permukaan laut sebelum terkena serangan, diikuti kilatan cahaya dan letupan.
Pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini menzahirkan keyakinan terhadap kejayaan operasi terkini kerajaan dalam menumpaskan bot yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah.
Menurut kenyataan tentera AS menerusi platform X, bot berkenaan didakwa terlibat dalam “operasi pengedaran dadah”. Namun, maklumat itu tidak dapat disahkan secara serta-merta oleh Reuters.
Insiden berkenaan menambah senarai operasi ketenteraan AS di perairan antarabangsa dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dadah rentas sempadan.-REUTERS