
TAIPEI, 6 Februari — Taiwan mengalu-alukan perbualan telefon antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Presiden China, Xi Jinping, sambil menyifatkannya sebagai usaha yang boleh membantu menstabilkan keadaan serantau ketika Beijing meningkatkan tekanan ketenteraan terhadap pulau itu.
Timbalan Menteri Luar Taiwan, Chen Ming-chi, mengeluarkan kenyataan itu dalam satu temu bual eksklusif bersama AFP beberapa jam selepas media kerajaan China melaporkan Xi menyeru saling menghormati dalam memperkukuh hubungan dengan Washington, di samping memberi amaran berhubung penjualan senjata kepada Taiwan.
“Kami tidak terlalu bimbang mengenai keseluruhan komunikasi telefon ini. Malah, kami percaya ia akan menyumbang kepada usaha menstabilkan keadaan, khususnya memandangkan China terus meningkatkan ketegangan di Selat Taiwan dan di seluruh rantau ini,” katanya kepada AFP.
Beliau berkata Taiwan mengalu-alukan sebarang usaha yang bertujuan menstabilkan keadaan keselamatan di rantau berkenaan.
Sementara itu, Trump, menerusi hantaran di platform Truth Social miliknya, menyifatkan perbualan berkenaan sebagai “cemerlang”.
Beliau berkata hubungan antara Washington dengan Beijing berada pada tahap amat baik. – AFP