
MANILA, 9 Mac – Penduduk Filipina dilaporkan berpusu-pusu ke stesen minyak bagi mengisi bahan api kenderaan masing-masing menjelang jangkaan kenaikan harga susulan konflik Asia Barat.
- Kebimbangan terhadap bekalan tenaga serta kenaikan kos pengangkutan meningkat.
- Pemandu dan penunggang mengisi minyak lebih awal untuk elak kesan kenaikan harga yang dijangka.
- Kenaikan kecil harga bahan api sudah memberi kesan besar kepada penunggang motosikal.
- Peningkatan kos bahan api menjejaskan pendapatan harian golongan bergantung pada kadar tambang tetap.
Sekali gus, menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan tenaga serta kos pengangkutan di beberapa negara.
Tinjauan di beberapa stesen minyak mendapati, pemandu kereta serta penunggang motosikal menunggu giliran untuk mengisi minyak lebih awal bagi mengelakkan kesan kenaikan harga yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Seorang penunggang motosikal, Andrew Escobar berkata, kenaikan kecil harga bahan api sudah memberi kesan besar kepada golongan penunggang seperti dirinya.
“Bagi kami, kenaikan satu atau dua peso dalam harga minyak sudah terlalu membebankan,” katanya.
Beliau berkata, peningkatan kos bahan api akan menjejaskan pendapatan harian mereka yang bergantung kepada kadar tambang tetap untuk menampung perbelanjaan.-AFP