Serangan peluru berpandu Iran ke tanah haram Israel, seorang maut

sebuah kediaman yang musnah akibat serangan roket oleh Hizbullah/Foto REUTERS

NAHARIYA, 27 Mac – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 13 lagi cedera dalam serangan peluru berpandu di utara tanah haram Israel, lewat malam Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman menunjukkan kenderaan terbakar, dinding bangunan rosak, serpihan bertaburan di lokasi kejadian.
  • Seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat letupan dan serpihan peluru berpandu.
  • Ketegangan serantau meningkat susulan konflik sejak 28 Februari selepas serangan AS dan Israel ke atas Iran.
  • Iran melancarkan serangan terhadap Israel, pangkalan tentera AS dan beberapa negara Teluk; pegawai Iran kecam cadangan AS, Trump beri amaran.

Rakaman di bandar Nahariya menunjukkan beberapa kenderaan terbakar, kerosakan pada dinding bangunan serta serpihan bertaburan di lokasi kejadian.

Seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat letupan dan serpihan peluru berpandu.

Insiden berlaku di tengah peningkatan ketegangan serantau susulan konflik yang tercetus sejak 28 Februari lalu, selepas serangan dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

Sejak itu, Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas sasaran di tanah haram Israel, pangkalan tentera Amerika Syarikat serta beberapa negara Teluk.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai kanan Iran menyifatkan cadangan Amerika Syarikat untuk menamatkan konflik sebagai berat sebelah dan tidak adil.

Manakala Presiden AS, Donald Trump, memberi amaran Tehran perlu mencapai persetujuan atau berdepan serangan berterusan. – REUTERS