
KAHERAH, 26 Januari -Tiga rakyat Palestin maut dalam dua serangan berasingan tentera Israel di Gaza.
RINGKASAN BERITA AI
- Tiga rakyat Palestin maut dalam dua serangan berasingan tentera Israel di Gaza.
- Empat orang awam cedera akibat letupan dron di Gaza City.
- Kematian dilaporkan di Tuffah dan Khan Younis, termasuk seorang lelaki berusia 41 tahun.
Sementara itu, empat lagi cedera akibat letupan dron Zionis di Gaza City.
Pihak berkuasa perubatan melaporkan, dua individu terbunuh di timur kawasan Tuffah.
Seorang lelaki berusia 41 tahun pula, maut di Khan Younis.
Sebelum itu, dron Israel meletup di bumbung sebuah bangunan bertingkat di Gaza City.
Insiden tersebut mencederakan empat orang awam yang berada di jalan berdekatan. -REUTERS