
BEIRUT, 18 Mac – Serangan berulang kali Israel ke atas pusat bandar Beirut menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang maut.
- Penduduk Tyre melarikan diri selepas menerima amaran serangan Israel.
- Tiga kawasan kejiranan padat terjejas, termasuk Zuqaq al-Blat dan daerah Basta.
- Lubnan lapor sekurang-kurangnya 912 terbunuh sejak 2 Mac; lebih daripada sejuta mendaftar sebagai pelarian.
- Tentera Israel berkata mereka mula menyerang sasaran Hizbullah di selatan Lubnan, termasuk kawasan Tyre.
Keadaan itu turut memaksa penduduk di bandar pelabuhan Tyre melarikan diri daripada kediaman masing-masing selepas menerima amaran Israel.
Tiga kawasan kejiranan yang berpendudukan padat juga telah terjejas.
Pihak berkuasa Lubnan pada Selasa berkata, serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 912 orang sejak 2 Mac, manakala lebih daripada sejuta orang telah mendaftar sebagai pelarian.
Terdahulu Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) melaporkan satu serangan telah melanda di sebuah apartmen di kawasan kejiranan Zuqaq al-Blat tengah, kawasan padat penduduk berhampiran ibu pejabat kerajaan dan beberapa kedutaan.
NNA berkata dua serangan lain menyasarkan dua apartmen di daerah Basta tengah, satu lagi kawasan padat penduduk yang diserang Israel semasa perang 2024 dengan Hizbullah.
Kementerian kesihatan Lubnan serangan awal di kedua-dua kawasan tersebut yang mengorbankan 12 orang dan 41 orang cedera, sambil menambah bahawa usaha sedang dijalankan untuk mengenal pasti mereka yang terbunuh.
Kementerian kesihatan berkata dua orang terbunuh, termasuk seorang penyelamat pertahanan awam.
Juga pada awal Rabu, tentera Israel berkata ia telah “mula menyerang sasaran pengganas Hizbullah di selatan Lubnan” termasuk di kawasan Tyre, di mana NNA melaporkan sekurang-kurangnya empat serangan termasuk ke atas sebuah rumah.
Tentera Israel mengeluarkan satu lagi amaran, menandakan serangan yang akan berlaku di kawasan Tyre serta kawasan sekitarnya.
Menurut NNA lagi, serangan di bandar selatan Habboush telah membunuh sekurang-kurangnya tiga orang. -AFP