Satu terminal di DXB alami kerosakan ringan, empat kakitangan cedera

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

DUBAI, 1 Mac – Satu terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) mengalami kerosakan ringan akibat insiden yang berlaku pagi tadi, menurut Dubai Airports.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat kakitangan cedera dan dirawat segera selepas insiden di terminal.
  • Pasukan kecemasan dikerahkan serta-merta dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
  • Kebanyakan terminal dikosongkan mengikut pelan kontingensi lapangan terbang.

Syarikat yang mengurus operasi lapangan terbang itu menerusi Facebook memaklumkan empat kakitangan dilaporkan cedera dan menerima rawatan perubatan dengan segera.

Pasukan kecemasan dikerahkan serta-merta untuk mengawal situasi dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan.

Dubai Airports memaklumkan bahawa kebanyakan terminal telah dikosongkan terlebih dahulu bawah pelan kontingensi lapangan terbang.

Syarikat itu menambah kemas kini lanjut akan diumumkan sebaik sahaja maklumat baharu tersedia.