‘Sami CEO’ shaolin ditangkap, didakwa seleweng dana dan terima rasuah

BEIJING, 16 November – Bekas ketua biara di sebuah kuil terkenal sebagai tempat lahir kung fu China telah ditahan atas syak wasangka penyelewengan, menurut pihak berkuasa tempatan hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Shi Yongxin digugurkan jawatan abbot Julai lalu susulan dakwaan salah laku “amat buruk”.
  • Disiasat atas syak penyelewengan, salah guna dana projek dan menerima rasuah.
  • Dikenali sebagai “sami CEO” selepas menubuhkan puluhan syarikat dan dikritik mengkomersialkan agama Buddha.
  • Sijil pengiktirafan keagamaan Shi dibatalkan; tindakan beliau didakwa mencemarkan imej komuniti Buddha.

Shi Yongxin, bekas abbot Kuil Shaolin, digugurkan jawatan pada Julai lalu kerana dikatakan terbabit dalam salah laku “amat buruk”.

Termasuk dakwaan salah guna dana projek dan aset kuil menyebabkan dia disiasat dan dilucutkan jubah sami.

“Penahanan Shi atas syak wasangka penyelewengan, salah guna dana dan menerima rasuah sebagai individu bukan penjawat awam”. Menurut kenyataan Pendakwa Raya Xinxiang, pihak berkuasa wilayah Henan

Shi, 60, dilantik sebagai abbot pada 1999 dan sejak itu memainkan peranan penting dalam mengembangkan pengajian Shaolin serta budaya kung fu ke peringkat antarabangsa.

Beliau turut dikenali sebagai “sami CEO” kerana menubuhkan puluhan syarikat di luar negara, namun menerima kritikan kerana didakwa mengkomersialkan agama Buddha.

Beliau sebelum ini turut dituduh oleh bekas sami menyeleweng dana syarikat milik kuil, memiliki rangkaian kereta mewah serta mempunyai anak dengan beberapa wanita.

Pada Julai lalu, pihak berkuasa agama Buddha tertinggi China memaklumkan bahawa sijil pengiktirafan keagamaan Shi dibatalkan susulan dakwaan baharu.

“Tindakan Shi Yongxin adalah amat buruk, menjejaskan reputasi komuniti Buddha serta mencemarkan imej para sami,” menurut Persatuan Buddha China.

Kuil Shaolin, diasaskan pada tahun 495 Masihi, terkenal sebagai pusat asal ajaran Zen Buddha dan seni mempertahankan diri kung fu China.-AFP