Rusia hantar 730,000 tong minyak ke Cuba: ‘Tanda solidariti dan keberanian’ – Penduduk

Salah sebuah stesen minyak di Cuba yang tutup akibat kekurangan bekalan minyak susulan konflik Asia Barat/ Viory

HAVANA, 1 April- Tangki minyak Rusia dikenali Anatoly Kolodkin tiba di pelabuhan Matanzas, Cuba pada Selasa membawa kira‑kira 730,000 tong minyak mentah, sekali gus memberikan kelegaan kepada penduduk negara itu yang berdepan krisis tenaga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk menyifatkan penghantaran itu sebagai tindakan solidariti dan keberanian, membantu meringankan penderitaan harian akibat krisis tenaga.
  • Penghantaran memberi kelegaan kepada masyarakat, mengurangkan kekurangan bahan api dan membantu pemulihan ekonomi yang terganggu.
  • Menteri Tenaga Cuba mengucapkan terima kasih kepada Rusia, menyifatkan kargo itu bernilai dalam situasi tenaga kompleks.
  • Sokongan antarabangsa termasuk respons positif Mexico; bekalan Venezuela terhenti selepas penahanan Presiden Maduro, dan Iran turut disebut.

Penduduk Cuba menyifatkan penghantaran itu sebagai “tindakan solidariti dan keberanian” kerana ia membantu negara menghadapi kekurangan bahan api yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.

“Ia adalah simbol solidariti daripada Kerajaan Rusia. Ia menunjukkan bahawa dunia tidak boleh dikuasai sesuka hati,” jelas seorang penduduk.

Seorang lagi menambah, “Bahan api yang tiba semalam (Selasa) adalah langkah besar bagi negara kami. Ia akan membantu kami keluar daripada krisis ekonomi yang berpunca daripada kekurangan tenaga.”

Seorang lagi penduduk menjelaskan — “Kalau bukan kerana (Amerika Syarikat dan Israel) perang dengan Iran, Iran sudah menghantar minyak kepada kami. Mereka tidak takut kepada sesiapa.”

Dalam masa sama, Menteri Tenaga dan Perlombongan Cuba, Vicente de la O Levy mengucapkan terima kasih kepada Rusia melalui media sosial, menyifatkan penghantaran itu sebagai “kargo  bernilai” yang tiba dalam situasi tenaga yang kompleks.

Rusia menghantar minyak ke Cuba buat kali pertama dalam tiga bulan, menggantikan bekalan dari Venezuela yang terhenti selepas penahanan Presiden Nicolas Maduro pada awal tahun ini. -Viory