
RUSIA/UKRAINE, 6 Februari – Rusia dan Ukraine membuat pertukaran tahanan secata besar-besaran buat pertama kali dalam tempoh hampir lima bulan pada Khamis.
- Setiap pihak menukar 157 tahanan setelah pusingan kedua rundingan yang diusahakan oleh Amerika Syarikat di Abu Dhabi.
- UAE menyambut peranan sebagai pengantara boleh dipercayai dalam meredakan krisis dan menggalakkan dialog membina.
- Rundingan gagal capai kemajuan ketara pada isu wilayah, gencatan senjata dan jaminan keselamatan.
Setiap pihak menukar 157 tahanan, selepas pusingan kedua rundingan yang diusahakan oleh Amerika Syarikat, A.S di Abu Dhabi.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, mereka yang dilepaskan terdiri daripada anggota tentera dan orang awam.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Luar Emiriah Arab Bersatu, UAE mengalu-alukan kerjasama antara Rusia dan Ukraine dalam pertukaran tahanan, dengan mengatakan ia menunjukkan peranan UAE sebagai pengantara yang boleh dipercayai dalam meredakan krisis dan menggalakkan dialog yang membina.
Utusan Khas Presiden A.S., Steve Witkoff berkata wakil dari Amerika Syarikat, Ukraine dan Rusia mencapai kata sepakat mengenai pertukaran banduan, menyifatkan perbincangan itu sebagai “spesifik dan membina”.
Walau bagaimanapun, beliau menambah bahawa usaha yang lebih besar diperlukan untuk memajukan penyelesaian konflik yang komprehensif.
Dalam rundingan pusingan kedua yang diusahakan oleh A.S., Rusia dan Ukraine gagal mencapai kemajuan yang ketara dalam isu-isu utama seperti pengaturan wilayah dan gencatan senjata.
Menurut Ukraine, rundingan itu diadakan secara tiga hala sebelum diadakan konsultasi kumpulan.
Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara Ukraine, Rustem Umerov berkata, delegasi Ukraine mencari “keamanan yang bermaruah dan berkekalan”, tanpa mendedahkan hasil khusus.
Rundingan tersebut berakhir dengan tiada kenyataan bersama berkaitan politik atau keselamatan, menggariskan perbezaan yang berterusan antara Rusia dan Ukraine mengenai perkara-perkara penting, termasuk pertikaian wilayah, pengaturan gencatan senjata dan jaminan keselamatan.
Tiada jadual atau aturan untuk pusingan rundingan seterusnya diumumkan, mengetengahkan ketidakpastian berterusan dalam proses penyelesaian politik.
Zelensky berkata pada hari Khamis bahawa rundingan damai seterusnya dengan delegasi A.S. dan Rusia akan diadakan tidak lama lagi.
“Mesyuarat selanjutnya dirancang dalam masa terdekat, kemungkinan besar di Amerika Syarikat,” kata Zelensky dalam ucapan petangnya.-REUTERS