Ribut Tropika Mekkhala cetus banjir di selatan Taiwan

Keadaan di selatan Taiwan akibat dilanda Ribut Tropika Mekkhala/ REUTERS

TAINAN, 26 Jun – Ribut Tropika Mekkhala yang membawa hujan lebat hingga mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di selatan Taiwan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mekkhala bergerak di sepanjang pesisir Taiwan sebelum menuju Kepulauan Ryukyu di selatan Jepun.
  • Di Tainan air banjir meningkat hingga separuh ketinggian tayar, banyak motosikal tumbang dan ditenggelami air.
  • Penduduk pedalaman laporkan keadaan lebih buruk, menyukarkan pergerakan motosikal dan berjalan kaki.
  • Hujan dijangka berterusan minggu hadapan namun intensiti beransur reda; taburan membantu menambah bekalan empangan.

Kejadian ribut pada petang Jumaat itu membawa hujan lebat ke wilayah Kaohsiung, Tainan dan Pingtung ketika bergerak di sepanjang pesisir pulau berkenaan sebelum menuju ke Kepulauan Ryukyu di selatan Jepun.

Di Tainan, air banjir dilaporkan meningkat sehingga separuh ketinggian tayar kereta di beberapa jalan, manakala banyak motosikal tumbang dan ditenggelami air.

Seorang penduduk berkata keadaan di kawasan pedalaman lebih buruk sehingga menyukarkan pergerakan menggunakan motosikal mahupun berjalan kaki.

Ada penduduk terpaksa meredah air paras lutut untuk menyelamatkan empat ekor kucing milik teman wanitanya yang berada di rumah tingkat bawah.

Menurut ramalan cuaca, hujan dijangka berterusan di Taiwan sekurang-kurangnya sepanjang minggu hadapan, namun intensitinya dijangka beransur reda.

Walaupun menyebabkan banjir, taburan hujan itu turut memberi manfaat kepada Taiwan yang bergantung kepada musim taufan pada musim panas dan luruh untuk menambah bekalan air di empangan selepas melalui musim sejuk yang lazimnya kering.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.