SEOUL, 13 November – Lebih 550,000 pelajar Korea Selatan menjalani peperiksaan kemasukan universiti tahunan “Suneung” yang merupakan peperiksaan penting sebagai tiket ke universiti terkemuka, juga penentuan kestabilan ekonomi dan peluang sosial.
- Lebih 550,000 pelajar mengambil peperiksaan Suneung, penentu kemasukan ke universiti terkemuka dan peluang sosial.
- Kerajaan laksanakan langkah tegas — larangan penerbangan semasa ujian dan kelonggaran waktu kerja awam untuk kurangkan gangguan.
- Kitaran kemasukan universiti 2026: rekod keganasan sekolah wajib diambil kira dalam penilaian kemasukan selama empat tahun.
Kerajaan mengambil langkah tegas, termasuk larangan penerbangan selama 35 minit semasa ujian mendengar Bahasa Inggeris dan bank serta pejabat awam dibenarkan mula bekerja sejam lebih lewat bagi mengelak kesesakan.
Menurut pelajar, Kim Min-Jae, 18 tahun, dia berasa gugup tetapi bersedia mengambil ujian itu.
Bagi ibu kepada pelajar, Han Yu-na, beliau berharap anaknya dapat memberikan yang terbaik hingga tamat peperiksaan.
Kitaran kemasukan universiti buat pertama kali pada tahun 2026, dengan syarat kesemua universiti dalam tempoh empat tahun perlu mengambil kira rekod keganasan di sekolah dalam penilaian, berbanding sebelumnya hanya sebagai cadangan.- AFP