Ramadan bermula Rabu di Arab Saudi

Ramadan bermula Rabu di Arab Saudi./REUTERS

JEDDAH, 18 Februari – Ramadan akan bermula di Arab Saudi pada Rabu (18 Feb), lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Jawatankuasa cerapan anak bulan Mahkamah Agung mengisytiharkan Rabu sebagai hari pertama Ramadan.
  • Pengumuman dibuat oleh Mahkamah Diraja menurut laporan Agensi Berita Saudi.
  • Mahkamah Agung menyampaikan ucapan selamat kepada Raja, Putera Mahkota dan semua umat Islam.
  • Doa dibacakan agar Allah memberkati amal, menyatukan umat Islam dan memelihara keselamatan negara.

Menurut SPA, Mahkamah Diraja mengumumkan pada Selasa bahawa jawatankuasa cerapan anak bulan Mahkamah Agung mengisytiharkan Rabu sebagai hari pertama Ramadan.

Mahkamah Agung turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, serta kepada seluruh rakyat, penduduk dan umat Islam di seluruh dunia.

Ia juga berdoa agar Allah memberkati, menerima segala amal kebaikan, menyatukan umat Islam, serta memelihara keselamatan dan kemakmuran negara itu.- BERNAMA