Rakyat sambut baik pelantikan Mojtaba Khamenei

Foto REUTERS

TEHRAN, 9 Mac – Rakyat Iran menyambut baik selepas mengetahui Mojtaba Khamenei menggantikan bapanya, Ali Khamenei sebagai Pemimpin Tertinggi baharu Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk yakin hala tuju kepimpinan akan diteruskan di bawah pimpinan Mojtaba.
  • Pelantikan isyarat golongan konservatif masih kukuh ketika konflik AS dan Israel dengan Iran, serta harga minyak melonjak.
  • Mojtaba seorang ulama berpengaruh dalam pasukan keselamatan dan rangkaian perniagaan besar.

Seorang penduduk Tehran yang enggan dikenali berkata, pelantikan itu memberi keyakinan bahawa hala tuju kepimpinan negara akan terus diteruskan di bawah pimpinan Mojtaba.

“Sekarang kami yakin bahawa hala tuju ini akan diteruskan di bawah kepimpinannya,” katanya.

Pelantikan Mojtaba sebagai pemimpin turut memberi isyarat bahawa golongan konservatif masih kukuh memegang kuasa di Iran ketika konflik antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran yang memasuki minggu kedua, menyebabkan harga minyak dunia melonjak melebihi 100 dolar Amerika setong.

Mojtaba yang merupakan seorang ulama serta mempunyai pengaruh dalam pasukan keselamatan Iran dan rangkaian perniagaan besar di bawah pengaruh bapanya.

Majlis Pakar dianggotai 88 ulama bertanggungjawab memilih pengganti kepada Ali Khamenei sebagai Pemimpin Tertinggi Iran.-REUTERS