Raja Salman jalani pemeriksaan perubatan

Raja Salman Abdulaziz Al Saud/foto BERNAMA

RIYADH, 16 Januari- Istana Diraja Arab Saudi pada Jumaat mengeluarkan kenyataan memaklumkan yang Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menjalani pemeriksaan perubatan di sebuah hospital di ibu negara, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Raja Salman sedang menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar King Faisal, Riyadh.
  • Istana Diraja mengumumkan situasi ini melalui kenyataan rasmi pada Jumaat, 16 Januari 2026.
  • Kenyataan itu mendoakan kesihatan dan kesejahteraan berterusan bagi Raja Salman.

“Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud sedang menjalani pemeriksaan perubatan pada Jumaat, 16 Januari 2026, di Hospital Pakar King Faisal di Riyadh.

“Semoga Allah melindungi Penjaga Dua Masjid Suci dan mengurniakan kesihatan serta kesejahteraan yang berterusan kepada baginda,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA-SPA