Qatar–Iran adakan perbincangan, redakan ketegangan serantau

Foto REUTERS

DOHA, 1 Februari -Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, mengadakan perbincangan di Iran, pada Sabtu dalam usaha meredakan ketegangan di rantau itu, menurut kenyataan Kementerian Luar Qatar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Qatar adakan perbincangan rasmi dengan pemimpin keselamatan tertinggi Iran.
  • Qatar tekankan sokongan kepada usaha mengurangkan ketegangan dan mengukuhkan kestabilan serantau.
  • Perbincangan berlaku ketika kehadiran kumpulan tempur tentera laut Amerika Syarikat berhampiran perairan Iran.
  • Langkah diplomatik susulan kebimbangan campur tangan luar selepas tindakan keras terhadap protes di Iran.

Dalam pertemuan bersama Ketua Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Larijani, beliau menegaskan sokongan Qatar terhadap segala usaha yang bertujuan mengurangkan ketegangan dan meningkatkan kestabilan serantau, kata kenyataan itu.

Pengumuman tersebut dibuat ketika sebuah kumpulan tempur tentera laut Amerika Syarikat berada di perairan berhampiran Iran.

Kehadiran itu menyusuli ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk campur tangan susulan tindakan keras berdarah terhadap protes anti-kerajaan di negara berkenaan. – AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan