Prabowo terima peletakan jawatan Gibran

Prabowo Subianto/Foto Fail BERNAMA

JAKARTA, 12 November – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau telah menerima peletakan jawatan Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka dengan hati yang berat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Prabowo memuji tindakan Gibran sebagai langkah demi kepentingan bangsa, negara dan rakyat.
  • Gibran meletakkan jawatan susulan skandal sijil sekolah menengah.
  • Peletakan jawatan menambah tekanan terhadap kerajaan berdepan ketidakpuasan hati mengenai ekonomi, rasuah dan kebakaran hutan.

Dalam kenyataan tersebut, Prabowo turut memuji tindakan Gibran berkenaan.

“Langkah yang diambil demi tujuan yang lebih besar, demi kepentingan bangsa, negara dan rakyat Indonesia,” jelas Prabowo.

Gibran meletakkan jawatan pada Khamis susulan skandal berkaitan sijil sekolah menengahnya, sekali gus menambah tekanan terhadap kerajaan pimpinan Prabowo yang kini berdepan rasa tidak puas hati meluas berhubung isu ekonomi, rasuah dan kebakaran hutan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.