Pilihan Raya Hungary: Trump beri sokongan terbuka kepada Orban

FOTO AFP

BUDAPEST, 11 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri Vikto Hungary yang semakin sengit pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencabar pro Eropah Peter Magyar mendahului dalam tinjauan, mewujudkan cabaran luar biasa kepada kepimpinan 16 tahun Viktor Orban.
  • Kempen memanas dengan tuduhan penipuan, operasi perisikan, penyebaran maklumat salah dan berita palsu antara Fidesz dan pembangkang.
  • Trump berikrar membawa pelaburan dan "kekuatan ekonomi" AS jika Orban menang; JD Vance juga melawat menegaskan sokongan Washington.
  • Orban sering bertelagah dengan EU, dituduh mengekang kebebasan serta kedaulatan undang undang, menyebabkan berbilion euro dana dibekukan.

Perdana Menteri Viktor Orban kini dalam keadaan bergelut meraih sokongan berdepan pencabar pro-Eropah yang kini mendahului dalam tinjauan pendapat.

Trump berikrar akan membawa “kekuatan ekonomi” AS ke Hungary sekiranya parti pimpinan Orban berjaya menewaskan pesaing utamanya, Peter Magyar, dalam pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.

Kenyataan tersebut memanaskan kempen pilihan raya yang menyaksikan Orban dan Magyar saling berbalas tuduhan mengenai taktik kotor dan penyelewengan.

Orban, yang telah menerajui Hungary selama 16 tahun dan mempunyai hubungan akrab dengan Trump serta Presiden Rusia Vladimir Putin berdepan cabaran luar biasa apabila tinjauan pendapat menunjukkan parti konservatif Tisza pimpinan Magyar mendahului dengan selesa.

“Kami amat teruja untuk melabur demi kemakmuran masa depan yang akan dijana oleh kepimpinan berterusan Orban dengan menyifatkan isu migrasi dan nilai “woke” sebagai ancaman “tamadun” kepada benua itu.

Orban sering bertelagah dengan kepimpinan Kesatuan Eropah (EU) yang menuduh beliau menyekat suara penentang serta menghakis kedaulatan undang-undang, sehingga mengakibatkan berbilion euro dana untuk Hungary dibekukan.

“Lawan kita tidak akan berhenti untuk merampas kuasa,” kata Orban dalam satu video di media sosial, sambil menuduh pihak pembangkang “berpakat” dengan perisikan asing dan mengancam penyokongnya dengan keganasan.

Magyar kemudian membalas dakwaan itu dengan menuduh parti pemerintah, Fidesz, melakukan siri penipuan pilihan raya selama berbulan-bulan, termasuk operasi perisikan, penyebaran maklumat salah dan berita palsu.

“Viktor Orban akan disingkirkan oleh rakyatnya sendiri… yang telah beliau abaikan dan khianati,” tegas Magyar dalam satu hantaran di Facebook.

Isu campur tangan asing terus menjadi tumpuan apabila Naib Presiden AS JD Vance turut mengadakan lawatan ke negara itu minggu ini bagi menegaskan sokongan Washington terhadap Orban.

Kedua-dua pesaing itu kini meningkatkan kekerapan kempen bagi menarik kehadiran orang ramai.

Di Gyor, kira-kira 20,000 penyokong hadir pada perhimpunan Magyar, manakala Orban menyeru penyokongnya di Debrecen agar “tidak meletakkan segalanya dalam risiko” dan “melindungi apa yang telah dicapai”.

Trump sebelum ini telah memuji Orban sebagai “pemimpin yang benar-benar kuat dan berkuasa” dan menyeru rakyat Hungary agar keluar mengundi untuk pemimpin tersebut menerusi platform Truth Social miliknya. – AFP