PERU, 22 Oktober – Presiden sementara Peru, Jose Jeri, mengisytiharkan darurat selama 30 hari di ibu negara Lima dan wilayah bersebelahan, Callao, pada Selasa bagi menangani peningkatan kadar jenayah.
- Pengisytiharan darurat 30 hari disebabkan peningkatan jenayah, bukan perincian dari perenggan pertama.
- Langkah diluluskan oleh Majlis Menteri membolehkan tentera digerakkan bersama polis mengekalkan ketenteraman.
- Presiden Jeri kata tindakan beralih dari defensif ke ofensif untuk memulihkan keamanan dan keyakinan rakyat.
- Beliau mengangkat sumpah bulan ini selepas penyingkiran bekas presiden dan bentuk kabinet baru fokus pada keselamatan.
- Penganalisis ragu keberkesanan pengisytiharan berulang, memetik pengisytiharan sebelumnya yang kurang membantu mengurangkan jenayah.
Pengumuman itu dibuat susulan siri protes minggu lalu yang mengakibatkan seorang maut dan lebih 100 orang cedera.
Menurut Jeri, langkah itu berkuat kuasa selepas diluluskan Majlis Menteri dan membenarkan angkatan tentera digerakkan bersama pasukan polis bagi mengekalkan ketenteraman awam. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai pelaksanaan operasi tersebut.
“Kita kini beralih daripada langkah defensif kepada ofensif dalam memerangi jenayah, usaha yang akan membolehkan kita mengembalikan keamanan, ketenangan dan keyakinan jutaan rakyat Peru,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung.
Jose Jeri mengangkat sumpah sebagai presiden sementara awal bulan ini selepas penyingkiran bekas Presiden Dina Boluarte.
Beliau turut mengumumkan barisan kabinet baharu minggu lalu dengan komitmen menjadikan usaha membanteras jenayah sebagai keutamaan kerajaan.
Presiden sementara itu turut berdepan protes besar pertama yang dianjurkan kumpulan masyarakat sivil dan belia Generasi Z yang menuntut tindakan tegas terhadap peningkatan kadar jenayah.
Ini bukan kali pertama Peru melaksanakan perintah darurat bagi menangani isu keselamatan. Walaupun bekas Presiden Boluarte telah melaksanakan langkah yang sama selama 30 hari pada Mac lalu, penganalisis dan pakar keselamatan berpendapat pengisytiharan berulang seperti itu tidak banyak membantu mengurangkan jenayah.- REUTERS