
KUWAIT, 15 Mac – Pasukan pertahanan udara Kuwait menembak jatuh lima pesawat tanpa pemandu (UAV) di kawasan di bawah bidang kuasa mereka pada awal Ahad, kata Jurucakap Pengawal Kebangsaan Kuwait (KNG) Brig Jen Jadaan Fadhel, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).
- Tindakan itu sebahagian daripada usaha berterusan Angkatan Tentera Kuwait melindungi keselamatan negara dan kemudahan penting daripada ancaman luar.
- Pengawal Kebangsaan Kuwait bersama polis dan Pasukan Bomba sentiasa pada tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk memastikan keselamatan dan kestabilan negara.
- Orang ramai digesa mematuhi arahan keselamatan pihak berkuasa dan bekerjasama dengan tentera serta polis dalam menjaga keamanan negara.
Memetik laporan Agensi Berita Kuwait (KUNA), Jadaan berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa tindakan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Angkatan Tentera Kuwait untuk melindungi keselamatan negara dan menjaga kemudahan penting daripada sebarang ancaman luar.
Beliau menegaskan bahawa KNG, dengan kerjasama pasukan polis dan Pasukan Bomba Kuwait, sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memastikan keselamatan dan kestabilan negara terpelihara.
Jadaan turut menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta memberikan kerjasama kepada pasukan tentera dan polis dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara. – BERNAMA-BNA