
HANOVER, 4 April – Penduduk di Jerman meluahkan kemarahan terhadap pengusaha stesen minyak yang mengehadkan perubahan harga bahan api di tengah krisis tenaga global.
- Kerajaan hadkan perubahan harga kepada sekali sehari untuk kawal turun naik dan elak ketirisan.
- Sebelum ini harga boleh berubah sehingga 20 hingga 50 kali sehari, menimbulkan kekeliruan pengguna.
- Pengguna kekal tertekan oleh harga tinggi; kritik cukai karbon dan cukai nilai tambah; pengusaha melanggar boleh didenda sehingga 100,000 euro.
Kerajaan Jerman membenarkan stesen minyak menaikkan harga hanya sekali sehari, bertujuan mengawal turun naik harga dan mengelakkan ketirisan berlaku.
Menurut pihak berkuasa, sebelum ini harga bahan api boleh berubah sehingga 20 kali sehari, malah pernah mencecah 50 kali, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
Namun, orang ramai mendakwa harga tetap tinggi dan tidak memberi kelegaan kepada pengguna.
Penduduk turut mengkritik cukai karbon dan cukai nilai tambah disifatkan terus membebankan rakyat ketika kos sara hidup meningkat.
Ada yang menyuarakan kebimbangan terpaksa mengurangkan perbelanjaan makanan dan keperluan keluarga akibat tekanan kos.
Kerajaan sebelum ini memaklumkan langkah tersebut diambil bagi mengekang perubahan harga yang terlalu kerap, yang boleh mencecah puluhan kali sehari.
Pengusaha stesen minyak yang melanggar peraturan baharu itu boleh dikenakan denda sehingga 100,000 euro (kira-kira RM510,000). – VIORY