Penduduk bantu padam kebakaran hutan di Portugal

Seorang penduduk di Vouzela membantu memadam kebakaran yang semakin menghampiri kediamannya / REUTERS

VOUZELA, 4 Julai– Penduduk di Vouzela, tengah Portugal, bertungkus-lumus membantu memadamkan kebakaran hutan yang semakin menghampiri kawasan perumahan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran merebak ke tiga perbandaran kerana angin kencang dan cuaca panas melampau.
  • Pihak berkuasa mengarahkan sebahagian penduduk kampung berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Enam orang dilaporkan mengalami kecederaan ringan dalam kejadian.
  • Lebih 2,400 hektar musnah; hampir 1,000 anggota bomba, 288 kenderaan, dan lapan pesawat dikerahkan.

Kebakaran yang bermula sejak malam tadi turut merebak ke tiga kawasan perbandaran berhampiran akibat angin kencang dan cuaca panas melampau.

Keadaan itu memaksa pihak berkuasa mengarahkan sebahagian penduduk di sebuah kampung berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut pihak berkuasa, enam orang mengalami kecederaan ringan dalam kejadian tersebut.

Lebih 2,400 hektar kawasan hutan di daerah Viseu dilaporkan musnah setakat ini.

Hampir 1,000 anggota bomba dikerahkan bagi mengawal kebakaran.

Operasi itu turut dibantu 288 kenderaan serta lapan pesawat pemadam kebakaran.

Usaha memadamkan api masih diteruskan ketika pihak berkuasa berusaha menghalang kebakaran daripada terus menghampiri kawasan penempatan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.