
KWARA, 6 Februari – Penduduk di kampung Woro yang terletak di negeri Kwara, Nigeria masih menanam mangsa yang terbunuh, tiga hari selepas serangan pemberontak yang membunuh 170 orang penduduk.
- Serangan berpakaian pendakwah di kampung Woro membunuh ramai penduduk, dengan mangsa lelaki disasarkan secara sistematik.
- Penyerang menembak dan membakar rumah serta kedai, menculik wanita dan kanak-kanak perempuan, meninggalkan kampung terbakar.
- Kerajaan menghantar satu batalion tentera ke daerah Kaiama selepas serangan, pengebumian mangsa masih berjalan.
Pembunuhan kejam itu bermula dengan panggilan azan yang mengelirukan.
“Penduduk menganggap apabila mereka berkata mereka datang ke kampung itu untuk berdakwah, mereka fikir mereka datang untuk melakukan ker-kerja dakwah, sebab itu mereka menyebabkan ramai irang cedera dan bunuh ramai orang. Muhammed Abdulkareem memberitahu Reuters.
“Apabila mereka mula menembak, penduduk mula melarikan diri, ianya tidak normal, dan penduduk melarikan diri untu bersembunyi” tambahnya.
Menurut mereka yang terselamat, penyerang menyasarkan secara sistematik penduduk lelaki sementara menculik wanita dan budak perempuan.
“Sesiapa sahaja yang mereka lihat mereka bunuh, hanya wanita yang tidak mereka sentuh, tetapi jika anda seorang lelaki, tidak kira betapa kecilnya anda, mereka akan membunuh anda,” kata seorang penduduk lain.
“Mereka membawa wanita kami ke semak, tetapi semua lelaki yang mereka lihat, mereka bunuh, dan mereka membakar semua kedai, rumah ketua dibakar menjadi abu.”
Penduduk membalut mayat dengan kain putih dan memuatkannya ke dalam trak untuk dikebumikan.
Asap masih kelihatan dari bangunan yang terbakar. Pejabat tempatan Kor Keselamatan dan Pertahanan Awam Nigeria kekal ditutup.
Umaru Abdullahi berkata pengebumian masih belum berakhir.
“Mereka membunuh lebih daripada dua ratus orang, esok sekali lagi kami masih akan membungkus mayat untuk dikebumikan,” katanya.
Presiden Bola Tinubu telah mengerahkan satu batalion tentera ke daerah Kaiama susulan serangan itu, yang paling dahsyat tahun ini di negeri Kwara, yang bersempadan dengan Niger dan telah menyaksikan kumpulan pemberontak bergerak ke selatan.- REUTERS