Pelancong terbunuh dipijak gajah liar

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat dipijak gajah. Foto/AFP

BANGKOK, 2 Februari – Seorang pelancong terbunuh selepas dipijak seekor gajah liar dalam kejadian di Taman Negara Khao Yai, tengah Thailand pada Isnin, menjadi insiden ketiga membabitkan haiwan itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang pelancong Thailand berusia 65 mati dipijak gajah liar bernama Oyewan di Taman Negara Khao Yai.
  • Isteri mangsa berjaya melarikan diri selepas renjer taman cuba menghalau gajah tersebut.
  • Pihak taman akan berbincang Jumaat ini untuk menentukan langkah terhadap gajah yang dikaitkan dengan beberapa kematian.

Tragedi itu berlaku ketika mangsa yang juga warganegara Thailand berusia 65 tahun sedang berjalan di taman itu bersama isterinya sebelum dipijak oleh gajah yang bernama Oyenwan.

Ketua Taman Negara Chaiya Huayhongthong berkata, isteri mangsa berjaya melarikan diri selepas renjer taman berkenaan menghalau haiwan itu.

“Ini adalah mangsa ketiga yang dibunuh Oyewan. Oyewan juga mungkin bertanggungjawab membunuh beberapa orang lagi mangsa sebelum ini.

“Pihak keselamatan taman akan mengadakan perbincangan Jumaat ini bagi menentukan langkah terhadap gajah ini,” katanya.

Menurut Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan, seramai 220 individu termasuk pelancong asing dibunuh gajah liar sejak 2012. -AFP