
QESHM, 3 April – Kepulan asap dikesan dari pelabuhan di Pulau Qeshm, Iran menerusi imej satelit susulan serangan yang didakwa berlaku antara 1 hingga 2 April.
- Serangan didakwa dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap pelabuhan di Pulau Qeshm.
- Pelabuhan komersial Bahman dan jeti perikanan Doha dilaporkan mengalami kerosakan akibat serangan.
- Media Iran melaporkan tiada kemalangan jiwa; Timbalan Ketua Zon Bebas Qeshm kecam serangan sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Rakaman daripada satelit Copernicus Sentinel-2 Kesatuan Eropah mengesahkan lokasi kejadian berdasarkan padanan susun atur pelabuhan dengan imej kawasan berkenaan.
Pihak Berkuasa Zon Bebas Qeshm berkata sebahagian pelabuhan komersial Bahman dan jeti perikanan Doha mengalami kerosakan akibat serangan yang didakwa dilancarkan Amerika Syarikat dan Israel.
Media Iran melaporkan tiada kemalangan jiwa direkodkan dalam kejadian itu.
Timbalan Ketua Zon Bebas Qeshm, Mansour Azimzadeh Ardebili berkata pelabuhan Bahman merupakan kemudahan komersial sepenuhnya dan sebarang serangan terhadapnya melanggar undang-undang antarabangsa. – REUTERS