
NEW DELHI, 6 September – Dua individu berjaya diselamatkan manakala beberapa yang lain dikhuatiri masih terperangkap selepas sebuah bangunan penginapan pelajar di sini, runtuh pada Ahad.
- Pihak berkuasa mengesahkan terdapat pelajar yang masih terperangkap dalam bangunan.
- Angka sebenar mangsa belum dapat dipastikan kerana keadaan lokasi menyukarkan pengumpulan maklumat tepat.
- Ketua Menteri Delhi memaklumkan operasi mencari dan menyelamat sedang dilaksanakan bagi mengesan mangsa.
- Bantuan segera akan disalur kepada keluarga terjejas sementara pasukan penyelamat terus meneruskan operasi di lokasi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Shikarpur, Anil Sharma memaklumkan pihaknya mengesahkan terdapat pelajar yang masih terperangkap dalam bangunan berkenaan.
“Angka sebenar mangsa yang masih terperangkap masih belum dapat dipastikan kerana keadaan di lokasi yang menyukarkan usaha mendapatkan maklumat yang tepat.
“Setakat ini, hanya dua individu berjaya diselamatkan,”katanya.
Sementara itu Ketua Menteri Delhi, Rekha Gupta memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan bagi mengesan mangsa-mangsa yang dikhuatiri terperangkap dan bantuan segera akan disalur kepada keluarga yang terjejas.
Pasukan penyelamat kini giat meneruskan operasi di lokasi insiden. – REUTERS