
BANGKOK, 14 Januari -Bilangan mangsa maut tragedi kren runtuh di tapak pembinaan projek kereta api berkelajuan tinggi China-Thailand, di sini meningkat kepada 31 orang manakala 64 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan.
- Jumlah mangsa maut meningkat kepada 31 orang dan 64 lagi cedera akibat kren runtuh menimpa kereta api.
- 195 penumpang berada dalam kereta api semasa kejadian; siasatan menyeluruh telah diarahkan oleh Menteri Pengangkutan.
- Kerja pembersihan dan pemulihan laluan rel dijangka mengambil kira-kira tujuh hari sementara pasukan penyelamat mencari mangsa terperangkap.
Gabenor wilayah Anupong Suksomnit berkata,
pasukan penyelamat sedang berusaha memasuki gerabak kereta bagi mencari kemungkinan lebih banyak mayat yang terperangkap di dalamnya.
Beliau memaklumkan, kerja-kerja pembersihan dan pemulihan laluan rel dijangka mengambil masa kira-kira tujuh hari.
Menteri Pengangkutan, Phiphat Ratchakitprakarn, dalam satu kenyataan berkata, seramai 195 penumpang berada di dalam kereta api itu ketika kejadian dan beliau telah mengarahkan satu siasatan menyeluruh dijalankan.
Kemalangan berlaku pada pagi Rabu di daerah Sikhio, wilayah Nakhon Ratchasima, kira-kira 230 kilometer di timur laut Bangkok, sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari ibu negara ke wilayah Ubon Ratchathani.
Kren berkenaan sedang digunakan bagi projek pembinaan kereta api berkelajuan tinggi sebelum ia runtuh dan menghempap kereta api itu yang sedang melalui kawasan tersebut. – REUTERS