
KYIV, 25 Februari – Menteri Tenaga Ukraine, Denys Shmyhal, membawa Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen serta delegasi pemimpin Nordic dan Baltik meninjau sebuah loji janakuasa yang rosak di Kyiv pada Selasa.
- Loji janakuasa Kyiv rosak teruk selepas 13 serangan peluru berpandu dan dron Rusia.
- Loji itu sebelum ini membekalkan pemanasan kepada kira-kira 500,000 penduduk tetapi dihentikan Februari lalu.
- Lebih 40 negara menyokong sektor tenaga Ukraine, dengan sekitar 600 juta euro diperuntuk melalui Dana Sokongan Tenaga 2025.
Beliau bekata kemusnahan itu menjadi bukti Moscow melancarkan serangan terhadap infrastruktur asas yang menjejaskan bekalan cahaya, haba dan kehidupan harian rakyat.
Menurut beliau, sebanyak 13 serangan peluru berpandu dan dron Rusia dilancarkan ke atas kemudahan berkenaan.
Loji tersebut sebelum ini membekalkan pemanasan kepada kira-kira 500,000 penduduk, namun terhenti operasi Februari lalu selepas terkena lima peluru berpandu balistik.
Shmyhal menerusi aplikasi Telegram memaklumkan serangan pada Januari dan Februari menyebabkan lebih 1,100 bangunan kediaman, 118 sekolah serta 18 hospital terputus bekalan pemanasan.
Beliau turut menegaskan lebih 40 negara dan organisasi kini menyokong sektor tenaga Ukraine, dengan kira-kira 600 juta euro digerakkan melalui Dana Sokongan Tenaga pada 2025 bagi menstabilkan grid elektrik yang terus menjadi sasaran utama Rusia.-REUTERS