Lisa Blackpink bakal bintangi filem original Netflix baharu

Foto fail/AFP

SEOUL, 7 Februari -Lisa daripada kumpulan wanita K-pop BLACKPINK bakal menerajui menerajui filem original Netflix baharu, menurut platform penstriman global itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lisa akan menerajui filem komedi romantik original Netflix yang diilhamkan daripada Notting Hill.
  • Filem ditulis oleh Katie Silberman, penulis Booksmart dan Set It Up.
  • Tajuk dan tarikh tayangan filem masih belum diumumkan oleh Netflix.
  • Lisa juga sedang menjalani penggambaran filem aksi Korea Netflix, Tygo, bersama Ma Dong-seok.

“Lisa akan membintangi sebuah filem komedi romantik Netflix baharu yang diinspirasikan daripada filem ‘Notting Hill’,” menurut kenyataan ringkas platform itu di X, merujuk kepada filem 1999 yang menampilkan Julia Roberts dan Hugh Grant.

Netflix turut memaklumkan yang filem berkenaan ditulis oleh Katie Silberman, yang pernah menghasilkan skrip Booksmart dan Set It Up. Tajuk filem serta tarikh tayangan masih belum ditentukan.

Lisa memulakan debut sebagai anggota BLACKPINK pada 2016 dan memulakan kerjaya lakonannya pada Februari tahun lalu menerusi penampilan dalam musim ketiga siri HBO yang memenangi anugerah, The White Lotus.

Ketika ini, beliau juga sedang menjalani penggambaran filem aksi original Korea Netflix, “Tygo”, sebuah karya sampingan daripada “Extraction” (2020), bersama Ma Dong-seok, yang juga dikenali sebagai Don Lee, dan Lee Jin-uk. – BERNAMA