
BAGHDAD, IRAQ, 17 Mac — Satu letupan kuat dilaporkan berlaku di ibu negara Iraq, Baghdad, lewat malam Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
- Kepulan asap dilihat berhampiran Zon Hijau.
- Zon Hijau menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat, misi diplomatik asing, institusi antarabangsa dan pejabat kerajaan.
- Punca letupan serta maklumat mengenai sebarang mangsa masih belum dapat dipastikan.
Menurut wartawan AFP, kepulan asap dilihat berhampiran kawasan Zon Hijau yang merupakan kawasan dikawal ketat di bandar itu.
Zon Hijau menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad beberapa misi diplomatik asing, institusi antarabangsa serta pejabat kerajaan Iraq.
Kawasan itu juga menjadi lokasi kediaman pegawai kanan kerajaan dan ahli politik negara berkenaan.
Setakat ini, punca letupan serta maklumat mengenai sebarang mangsa masih belum dapat dipastikan. – AFP