
TEHRAN, 1 Mac – Lebih 200 orang dilapor terkorban di seluruh Iran susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat, semalam.
- Siri serangan telah mencederakan 747 orang di seluruh Iran, menurut laporan Bulan Sabit Merah.
- Serangan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel, memberi impak besar kepada banyak wilayah Iran.
- 24 daripada 31 wilayah Iran dilaporkan terjejas oleh serangan tersebut.
- Iran menggesa mesyuarat tergempar badan pemantau nuklear PBB untuk bincangkan dakwaan terhadap program atomnya.
Agensi berita tempata ISNA yang memetik laporan Bulan Sabit Merah Iran berkata, serangan berkenaan juga menyebabkan 747 yang lain cedera.
Menurut ISNA, ia merupakan angka korban rasmi pertama didedahkan Iran susulan serangan tersebut.
Siri serangan Amerika Syarikat dan Israel tersebut telah menjejaskan 24 daripada 31 wilayah Iran.
Sementara itu, pihak berkuasa Iran menggesa mesyuarat tergempar badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ia bagi membincangkan dakwaan tidak berasas Amerika Syarikat dan Israel terhadap program atom Iran yang dijadikan salah satu daripada beberapa alasan menghalalkan tindakan ketenteraan terhadap negara itu.