Lagi rakyat Gaza gugur syahid

Wajah sayu waris mangsa kehilangan ahli keluarga/ Foto Reuters

GAZA, 11 Mac – Sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin terbunuh, manakala lima lagi cedera dalam serangan udara rejim Israel yang menyasarkan sebuah gerai pasar di barat Gaza, pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dron Israel melepaskan peluru berpandu mengenai gerai yang menjual barangan rumah di barat Gaza.
  • Mangsa yang cedera dan maut dibawa ke Hospital Al-Shifa untuk mendapat rawatan.
  • Sejak gencatan senjata, lebih 640 rakyat Palestin terkorban dan lebih 1,700 cedera akibat insiden tembakan dan serangan.

Menurut sumber perubatan dan saksi, dron Israel melepaskan peluru berpandu yang mengenai gerai yang menjual barangan rumah.

Mangsa yang cedera dan maut dibawa ke Hospital Al-Shifa untuk rawatan.

Sumber Palestin berkata sejak gencatan senjata berkuat kuasa, insiden tembakan dan serangan oleh Zionis telah mengorbankan lebih 640 rakyat Palestin serta mencederakan lebih 1,700 yang lain.

Perjanjian gencatan senjata itu dicapai selepas konflik yang tercetus pada Oktober 2023 antara Israel dan kumpulan Palestin di Gaza.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kos pembinaan semula wilayah itu mencecah kira-kira AS$70 bilion selepas kemusnahan besar terhadap infrastruktur awam. – Reuters