
BEIRUT, 30 Mac – Sekurang-kurangnya 49 maut dan 116 cedera akibat serangan Israel di Lubnan pada Ahad.
- Jumlah korban meningkat kepada 1,238 sejak konflik memuncak awal Mac, dengan 3,543 mangsa cedera.
- Sebanyak 4,401 insiden serangan direkodkan, lebih 136,000 penduduk berlindung di 663 pusat perlindungan.
- Tentera Israel diperintahkan meluaskan operasi ke zon keselamatan selatan Lubnan dan terus menyerang sasaran Hizbullah.
- Pihak berkuasa kesihatan Lubnan mengecam serangan terhadap hospital sebagai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Jumlah korban meningkat kepada 1,238 sejak konflik memuncak awal Mac lalu.
Unit Pengurusan Risiko Bencana di bawah Pejabat Perdana Menteri Lubnan berkata jumlah keseluruhan mangsa cedera kini mencecah 3,543 orang.
Menurut laporan harian itu, sebanyak 4,401 insiden serangan direkodkan setakat ini, dengan lebih 136,000 penduduk berlindung di 663 pusat perlindungan di seluruh negara.
Zionis Israel mengarahkan tentera diluaskan ke zon keselamatan di selatan Lubnan.
Tentera Israel dilaporkan terus melancarkan serangan ke atas sasaran Hizbullah, termasuk membunuh beberapa pejuang kumpulan itu.
Hizbullah pula melancarkan serangan roket ke arah utara Israel serta menyerang kereta kebal dan posisi tentera Israel, selain menembak jatuh sebuah dron.
Pada masa sama, pihak berkuasa kesihatan Lubnan mengecam serangan terhadap hospital dan kemudahan perubatan, menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Pertempuran rentas sempadan terus berlanjutan sejak 2 Mac, susulan serangan roket oleh Hizbullah yang mencetuskan tindak balas udara besar-besaran oleh Israel di selatan dan timur Lubnan. – REUTERS