Konflik Lubnan memuncak, 634 korban dalam 10 hari

Foto AFP

BEIRUT, 12 Mac –Angka kematian selepas 10 hari pertempuran antara Israel dan Hezbollah dalam konflik Asia Barat kini meningkat kepada 634 orang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 800,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
  • Rakan Nassereddine kata termasuk 91 kanak-kanak dan lebih 1,500 orang dilaporkan cedera.
  • Haneen Sayed lapor kira-kira 816,000 pendaftaran pelarian dalaman melalui laman kementerian.
  • Sekitar 126,000 kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara disediakan kerajaan.

Manakala lebih 800,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Menteri Kesihatan Lubnan, Rakan Nassereddine berkata, angka terbaharu itu termasuk 91 kanak-kanak, sementara lebih 1,500 orang dilaporkan cedera.

Menurutnya, angka tersebut diumumkan dalam satu sidang media di Beirut.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Sosial Lubnan, Haneen Sayed, berkata jumlah penduduk yang mendaftar sebagai pelarian dalaman melalui laman sesawang kementerian kini mencecah kira-kira 816,000 orang.

Daripada jumlah itu, sekitar 126,000 orang kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara yang disediakan kerajaan. – AFP