Konflik geopolitik: Australia potong cukai bahan api tiga bulan

Papan tanda dipamerkan pada pam minyak kosong di sebuah stesen Shell yang kehabisan bahan api di Sydney, Australia/Foto REUTERS

CANBERRA, 30 Mac – Australia mengumumkan pengurangan separuh cukai bahan api dan diesel selama tiga bulan bagi mengekang kenaikan kos susulan konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Australia mengurangkan separuh cukai petrol dan diesel selama tiga bulan susulan konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.
  • Perdana Menteri Anthony Albanese berkata langkah itu mengurangkan harga bahan api sebanyak 26.3 sen Australia seliter.
  • Kerajaan turut menangguhkan caj penggunaan jalan bagi kenderaan berat dalam tempoh pelaksanaan yang sama.
  • Langkah tersebut dianggarkan menelan kos A$2.55 bilion, kira-kira RM8 bilion kepada kerajaan.

Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata langkah itu akan mengurangkan harga bahan api sebanyak 26.3 sen Australia seliter.

Menurut beliau, kerajaan turut menangguhkan caj penggunaan jalan bagi kenderaan berat dalam tempoh sama.

Langkah berkenaan dijangka menelan kos sebanyak A$2.55 bilion (kira-kira RM8 bilion) kepada kerajaan. – REUTERS