Konflik Asia Barat: Australia longgarkan piawaian kualiti bahan api selama 60 hari

Foto REUTERS

CANBERRA, 12 Mac – Piawaian kualiti bahan api di Australia akan dilonggarkan sementara selama 60 hari, susulan konflik Asia Barat yang menjejaskan bekalan minyak global sehingga menyebabkan harga melonjak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Tenaga berkata langkah diambil untuk meningkatkan bekalan bahan api dalam negara dan menstabilkan harga pasaran.
  • Kelonggaran kualiti membolehkan kira kira 100 juta liter bahan api tambahan setiap bulan diimport untuk meredakan tekanan harga.
  • Bekalan akan disalurkan ke kawasan yang mengalami kekurangan berdasarkan perjanjian dengan Ampol, penapis dan peruncit bahan api.

Menteri Tenaganya, Chris Bowen berkata pada Khamis, langkah itu diambil bagi meningkatkan bekalan bahan api dalam negara serta membantu menstabilkan harga di pasaran.

Kelonggaran itu membolehkan tambahan kira kira 100 juta liter bahan api sebulan dibawa masuk ke negara berkenaan bagi membantu meredakan tekanan harga.

Bekalan tersebut akan disalurkan ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan.

Perjanjian itu dimeterai dengan Ampol, syarikat penapis dan peruncit bahan api yang kebiasaannya mengeksport bahan api dengan kandungan sulfur lebih tinggi.-REUTERS