Keuntungan syarikat minyak Norway Equinor jatuh

OSLO, 25 April- Syarikat gergasi tenaga Norway, Equinor mengumumkan keuntungan bersihnya turun sebanyak 46 peratus pada suku pertama, didorong oleh kejatuhan harga gas.

Penurunan itu dilihat meneruskan trend tahun lepas, apabila keuntungan bersih kumpulan itu merosot sebanyak 59 peratus kepada AS$11.9 bilion berbanding 2023.

Keuntungan suku pertama pada 2024 berjumlah AS$2.67 bilion, berbanding AS$4.96 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Penurunan itu kebanyakannya disebabkan oleh kejatuhan harga gas di Amerika Syarikat dan Eropah, yang masing-masing turun sebanyak 38 peratus dan 55 peratus.

Pendapatan larasan, yang tidak termasuk elemen luar biasa tertentu, turun sebanyak 37 peratus kepada AS$7.53 bilion, katanya.

Gergasi tenaga global menyaksikan keuntungan mereka jatuh pada 2023, apabila harga minyak dan gas susut selepas melonjak susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022.-AFP

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan