Kapal LPG India selamat melintasi Selat Hormuz

Foto fail REUTERS

MUMBAI, 4 April – Kerajaan India mengesahkan kapal tangki ‘Green Sanvi’ dengan bendera India yang membawa gas petroleum cecair (LPG) selamat melalui Selat Hormuz pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • India berjaya membuka laluan bagi beberapa kapalnya selepas Iran menutup hampir semua trafik maritim di Selat Hormuz.
  • Terdapat 17 kapal berbendera India dengan 460 anak kapal masih berada di bahagian barat Teluk Parsi.
  • India mengimport kira-kira 60 peratus keperluan LPG dan mengetatkan kawalan, memberi keutamaan bekalan isi rumah.

Menurut kenyataan rasmi, kapal itu membawa 46,650 tan metrik LPG beserta 25 anak kapal.

Selain itu, 17 kapal berbendera India dengan 460 anak kapal masih berada di kawasan Teluk Parsi bahagian barat.

Selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel, Iran menutup hampir semua trafik maritim di laluan strategik, namun India berjaya membuka laluan untuk beberapa kapalnya.

Dalam pada itu, All India Radio melaporkan ia merupakan tangki LPG ketujuh dari India yang melintasi Selat Hormuz sejak bermulanya konflik di Asia Barat.

India mengimport kira-kira 60 peratus keperluan LPG negara dan menghadapi kekurangan bekalan gas sejak bulan lalu.

Kerajaan India telah mengetatkan kawalan terhadap gas asli dan gas memasak, memberi keutamaan kepada bekalan isi rumah dan mengehadkan jumlah untuk kegunaan industri.

New Delhi mengekalkan hubungan kukuh dengan Tehran, namun pada masa yang sama turut meningkatkan kerjasama dengan Israel dalam pertahanan, pertanian, teknologi dan keselamatan siber.-AFP