Jenazah komander kanan Hamas dikebumi

Foto AFP

GAZA, 16 November – Suasana pilu menyelubungi pengebumian komander kanan sayap ketenteraan Hamas, Samir Abu Younis, yang terbunuh dalam serangan Israel di selatan Gaza pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenazah dibalut dengan bendera hijau Hamas dan sepucuk senjata diletakkan di atasnya semasa pengebumian.
  • Abu Younis, 53, disahkan terbunuh dalam serangan di Al-Mawasi, barat Khan Younis; dua orang cedera.
  • Tentera Israel berkata mereka melancarkan serangan mensasarkan anggota kanan sayap ketenteraan Hamas dan menuduhnya arahkan serangan terhadap tenteranya.
  • Briged Al-Qassam mengesahkan kematian, menyifatkannya komander penting dalam perancangan serangan 7 Oktober 2023; kedua pihak saling menuduh langgar gencatan.

Jenazah Abu Younis, 53, dibalut dengan bendera hijau Hamas dan diletakkan sepucuk senjata di atasnya ketika dikelilingi orang ramai dalam upacara pengebumian pada Ahad.

Abu Younis disahkan terbunuh dalam serangan Israel di kawasan Al-Mawasi, barat Khan Younis, yang turut mencederakan dua individu lain.

Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Bassal mengesahkan pihaknya menerima jenazah komander berkenaan selepas serangan berlaku.

Tentera Israel memaklumkan pihaknya melancarkan serangan terhadap seorang anggota kanan sayap ketenteraan Hamas.

“Abu Younis mengambil alih kepimpinan Briged Rafah Al-Qassam kira-kira dua bulan lalu selepas komander terdahulu terbunuh pada September,” kata Israel.

Selain itu, Israel mendakwa Abu Younis turut bertanggungjawab mengarahkan serangan terhadap tenteranya.

Sementara itu, Briged Al-Qassam mengesahkan kematian Abu Younis menerusi kenyataan di Telegram selain, menyifatkannya sebagai antara komander penting yang terlibat dalam perancangan dan penyeliaan serangan 7 Oktober 2023 ke atas Israel.

Israel dan Hamas saling menuduh melanggar perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Oktober 2025.

Perjanjian gencatan senjata disokong Amerika Syarikat (AS) itu meredakan sebahagian besar pertempuran selepas dua tahun peperangan.

Bagaimanapun, Israel masih meneruskan serangan secara berkala di kawasan berkenaan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.