Israel serah 30 lagi jenazah rakyat Palestin

GAZA, 17 Oktober – Israel menyerahkan 30 lagi jenazah rakyat Palestin kepada Hospital Nasser di selatan Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dipulangkan meningkat kepada 120 jenazah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Israel memulangkan 30 jenazah Palestin ke Hospital Nasser, menjadikan keseluruhan 120 jenazah dipulangkan.
  • Pengecaman mayat dibuat melalui tanda lahir dan susunan gigi mangsa.
  • Penyerahan jenazah dilakukan di bawah perjanjian gencatan senjata yang diumumkan Presiden AS.
  • Hamas mengesahkan menyerahkan dua jenazah Israel selepas pengembalian semua mayat tawanan yang dikenal pasti.

Pengecaman mayat dikenal pasti melalui tanda lahir dan juga susunan gigi mangsa.

Penyerahan itu dilakukan di bawah perjanjian gencatan senjata yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza penghantaran jenazah dilakukan melalui lintasan selatan Gaza dengan kawalan ketat tentera Israel.

Sementara itu, Hamas mengesahkan telah menyerahkan dua lagi jenazah warga Israel selepas semua mayat tawanan yang dapat dikenal pasti telah dikembalikan. – AFP