
GAZA CITY, 20 Februari – Sebarang keputusan atau perbincangan berhubung masa depan Gaza mesti dimulakan dengan pemberhentian sepenuhnya tindakan ganas israel terhadap wilayah berkenaan, menurut kumpulan Hamas dalam satu kenyataan.
- Hamas menegaskan perbincangan mengenai masa depan Gaza mesti bermula dengan penghentian segera keganasan Israel.
- Mereka menuntut pengakhiran sekatan dan jaminan hak sah, termasuk kebebasan dan penentuan nasib rakyat Gaza.
- Hamas menolak pembinaan semula tanpa pemberhentian keganasan dan pemulihan hak rakyat Gaza.
“Sebarang proses politik atau sebarang penyusunan yang dibincangkan mengenai Jalur Gaza dan masa depan rakyat Palestin mesti bermula dengan pemberhentian sepenuhnya terhadap kekejaman pengakhiran sekatan, dan jaminan hak-hak sah rakyat kami, terutamanya hak kebebasan dan menentukan nasib rakyat Gaza”, jelas kenyataan itu pada Khamis.
Kenyataan tersebut hadir sejurus selepas Lembaga Keamanan Gaza yang dipengerusikan Donald trump mengadakan mesyuarat buat kali pertama.
Lembaga berkenaan mengadakan sesi sulungnya di Washington dengan beberapa negara berjanji menyediakan dana dan anggota untuk membina semula Gaza, selepas lebih empat bulan pemeteraian gencatan senjata rapuh antara Israel dan Hamas.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menekankan bahawa Hamas perlu menyerahkan senjata sebelum sebarang pembinaan semula dilakukan.
“Kami bersetuju dengan sekutu kami, AS, bahawa tiada pembinaan semula Gaza sebelum peletakan senjata oleh Hamas berlaku,” ujar Netanyahu yang diwakili oleh menteri luar, Gideon Saar.
Dalam pada itu, Trump turut berkata beberapa negara, khususnya di Teluk, telah berjanji untuk menderma lebih daripada tujuh bilion dolar bagi usaha pembinaan semula wilayah itu.
Tambah Trump, Indonesia, yang dilantik sebagai timbalan komander dalam Pasukan Penstabilan Antarabangsa yang baharu diwujudkan.
Trump juga mengesahkan lima negara lain telah bersetuju menghantar anggota tentera bagi menyokong keamanan di Gaza, termasuk Maghribi, Kazakhstan, Kosovo, dan Albania. -AFP