Israel lancar serangan besar-besaran ke atas Tehran

FOTO AFP

BAITULMAQDIS, 7 Mac – Israel mendakwa telah melancarkan serangan berskala besar terhadap beberapa sasaran di Tehran, Iran, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyiar rasmi Iran melaporkan satu letupan di bahagian barat Tehran.
  • IDF mengesan satu gelombang peluru berpandu dilancarkan Iran ke arah Israel.
  • Beberapa letupan kedengaran di Tel Aviv susulan pelancaran peluru berpandu itu.
  • Setakat ini tiada laporan kecederaan diterima.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memulakan “gelombang serangan berskala besar” yang menyasarkan beberapa lokasi kerajaan di ibu negara Iran itu.

Pada masa sama, penyiar rasmi Iran melaporkan satu letupan berlaku di bahagian barat bandar Tehran.

Terdahulu, IDF mengesan satu lagi gelombang peluru berpandu dilancarkan Iran ke arah Israel.

Beberapa letupan turut kedengaran di Tel Aviv, susulan pelancaran peluru berpandu tersebut.

Bagaimanapun setakat ini tiada laporan kecederaan diterima. – AFP