
SWITZERLAND, BURGENSTOCK, 22 Jun – Iran menegaskan perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS) di Switzerland mengenai program nuklearnya masih belum memasuki fasa rundingan rasmi.
- Iran menegaskan masih terlalu awal untuk memulakan rundingan ke arah perjanjian muktamad.
- Kumpulan kerja teknikal dan rundingan lanjut hanya akan dimulakan selepas syarat utama memorandum dipenuhi.
- Memperkenalkan mekanisme "komitmen untuk komitmen" bagi memastikan kedua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
- Di bawah memorandum, Iran akan buka semula laluan perdagangan Selat Hormuz 60 hari; AS akan longgarkan sekatan pelabuhan dalam 30 hari.
Sebaliknya hanya melibatkan pertukaran pendirian antara kedua-dua pihak.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, berkata delegasi AS dan Iran masing-masing menyatakan pendirian berhubung isu nuklear.
Bagaimanapun, Iran menegaskan masih terlalu awal untuk memulakan rundingan ke arah perjanjian muktamad.
Beliau berkata kumpulan kerja teknikal serta rundingan lanjut hanya akan dimulakan selepas beberapa syarat utama dalam memorandum persefahaman itu dipenuhi.
Menurutnya, mekanisme “komitmen untuk komitmen” diperkenalkan bagi memastikan kedua-dua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Perbincangan yang bermula Ahad lalu itu melibatkan Iran, Amerika Syarikat, Pakistan dan Qatar dalam usaha meredakan ketegangan antara Tehran dan Washington.
Delegasi Iran diketuai Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf, dan Menteri Luar, Abbas Araghchi.
Manakala delegasi AS diketuai Naib Presiden, JD Vance.
Di bawah memorandum itu, Iran dijangka membuka semula laluan perdagangan di Selat Hormuz selama 60 hari.
Sementar itu, AS akan mula melonggarkan sekatan ke atas pelabuhan Iran dalam tempoh 30 hari. – Reuters.