Iran bedil Pangkalan Udara Prince Sultan, 10 tentera AS cedera

Pangkalan Udara Prince Sultan di Arab Saudi dibedil Iran. – Foto REUTERS

RIYADH, 28 Mac – Sebuah pangkalan tentera di Arab Saudi dibedil peluru berpandu Iran menyebabkan 10 tentera Amerika Syarikat (AS) cedera, dengan dua daripada parah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa pesawat pengisian bahan api tentera AS rosak akibat serangan peluru berpandu dan dron.
  • Serangan berlaku selepas Trump mengumumkan Iran telah berjaya 'dimusnahkan'.
  • Serangan 1 Mac lalu mengorbankan Sarjan Benjamin N. Pennington, salah seorang daripada 13 tentera AS terkorban.

Serangan di Pangkalan Udara Prince Sultan itu turut merosakkan beberapa pesawat pengisian bahan api milik tentera AS.

Serangan peluru berpandu dan dron berlaku selepas Trump mengumumkan bahawa Iran telah berjaya ‘dimusnahkan’.

Pangkalan Udara Prince Sultan bukan pertama kali menjadi sasaran Iran.

Pusat ketenteraan itu pernah dibedil 1 Mac lalu dan mengorban Sarjan Tentera Darat AS, Benjamin N. Pennington.

Beliau merupakan salah seorang daripada 13 tentera AS yang terkorban dalam serangan balas Iran sejak konflik tercetus 28 Februari lalu.

Komando Pusat AS (Centcom) pada Jumaat melaporkan, setakat ini lebih 300 anggotanya cedera konflik tersebut. – REUTERS