Indonesia ambil peranan timbalan komander ISF di Gaza

Foto AFP

WASHINGTON, 20 Februari – Indonesia, negara dengan penduduk majoriti Muslim terbesar di dunia, akan mengambil peranan sebagai timbalan komander dalam Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) yang baru ditubuhkan di Gaza, manakala Maghribi akan menyumbangkan tentera.

RINGKASAN BERITA AI
  • Indonesia dilantik sebagai timbalan komander Pasukan Penstabilan Antarabangsa di Gaza.
  • Indonesia bersedia menghantar sehingga 8,000 anggota tentera jika diarahkan.
  • ISF mensasarkan kekuatan sekitar 20,000 anggota dan penubuhan pasukan polis baharu.
  • Maghribi akan menyumbang tentera, pegawai polis dan latihan serta pegawai tentera tinggi ke ISF.

“Saya telah menawarkan kepada Indonesia dan negara itu bersetuju untuk menerima jawatan sebagai timbalan komander bagi ISF,” umum Mejar Jeneral, Jasper Jeffers pada mesyuarat sulung “Lembaga Keamanan” yang dihadiri oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Indonesia menyatakan kesediaan untuk menghantar sehingga 8,000 anggota tentera ke Gaza sekiranya mereka diarahkan.

ISF menyasarkan kekuatan seramai 20,000 anggota, serta penubuhan sebuah pasukan polis baharu.

Jeffers mengesahkan bahawa Maghribi juga telah bersetuju untuk menghantar tentera, sebagai komitmen pertama oleh sebuah negara Arab, selain Albania, Kazakhstan dan Kosovo.

Menteri Luar Maghribi, Nasser Bourita pula mengumumkan pada mesyuarat terbabit bahawa Maghribi bersedia untuk mengerahkan pegawai polis dan melatih anggota polis dari Gaza.

Katanya, Maghribi juga akan mengerahkan pegawai tentera berpangkat tinggi ke pemerintahan tentera bersama ISF. – AFP