
MOSCOW, 9 Oktober – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis memutuskan bahawa bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte layak untuk dibicarakan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
RINGKASAN BERITA AI
- Kamar Perbicaraan III ICC mengumumkan keputusan bertarikh 28 Sept 2026 pada 8 Okt 2026.
- Duterte dinyatakan layak untuk dibicarakan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
- Perbicaraan dijadual bermula pada 30 Nov 2026 menurut laporan BERNAMA dan Sputnik/RIA Novosti.
“Pada 8 Okt 2026, Kamar Perbicaraan III Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengumumkan keputusannya bertarikh 28 Sept 2026 yang memutuskan bahawa Duterte layak untuk dibicarakan,” menurut kenyataan itu.
Perbicaraan dijadual bermula pada 30 Nov 2026.- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI