BAITULMAQDIS, 13 Oktober -Hamas dijangka membebaskan semua tebusan yang masih hidup pada pagi Isnin sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan di Israel, menurut pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
- Hamas dijangka membebaskan semua tebusan yang masih hidup pagi Isnin sebagai pertukaran tahanan Palestin.
- Pembebasan tebusan itu sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dimeterai minggu lalu.
- Pelan damai yang diumumkan Presiden AS melibatkan Israel membebaskan kira-kira 2,000 tahanan Palestin selepas tebusan diserahkan.
- Pejabat Perdana Menteri Israel menjangkakan 20 tebusan yang masih hidup diserahkan kepada Palang Merah awal pagi Isnin.
- Presiden AS Donald Trump menyatakan keyakinan bahawa perjanjian itu akan kekal dan konflik telah berakhir.
Pembebasan itu adalah sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang dimeterai minggu lalu.
Menurut pelan damai yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada akhir September lalu, sebaik sahaja kesemua tebusan diserahkan oleh Palestin itu, Israel akan mula membebaskan sekitar 2,000 tahanan Palestin sebagai balasan.
Jurucakap pejabat Perdana Menteri Israel memaklumkan bahawa pihaknya menjangkakan kesemua 20 tebusan yang masih hidup akan diserahkan kepada Palang Merah pada awal pagi Isnin.
Trump menyatakan keyakinannya terhadap ketahanan perjanjian itu.
“Saya rasa ia akan kekal. Semua orang sudah letih dengan konflik ini. Ia sudah berlarutan berabad-abad lamanya,” katanya.
“Perang sudah tamat. Faham?” tambah Presiden AS itu dengan yakin. – AFP