
BEIRUT, 14 Mac – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa semua pihak menamatkan perang di Asia Barat ketika melakukan lawatan ke Lubnan, pada Jumaat.
- PBB umum rayuan bantuan kecemasan AS$308 juta untuk membantu Lubnan menangani kesan konflik dan pemindahan penduduk.
- Israel melancarkan serangan terhadap Hizbullah selepas mendakwa ia melepaskan tembakan pada 2 Mac, disifatkan sebagai balasan.
- Hizbullah lancarkan serangan roket dan dron harian; rejim Zionis perluaskan operasi darat serta serangan udara termasuk Beirut.
- Serangan berterusan dilaporkan mengorbankan hampir 700 orang; lebih 800,000 penduduk dipindahkan akibat arahan pemindahan meluas.
Ketika berada di Beirut, beliau turut mengumumkan rayuan bantuan kecemasan berjumlah AS$308 juta bagi membantu Lubnan menangani kesan konflik yang memaksa lebih satu per tujuh penduduk negara itu meninggalkan kediaman mereka.
Israel melancarkan serangan terhadap Hizbullah minggu lalu selepas mendakwa ia melepaskan tembakan pada 2 Mac, dengan menyatakan tindakan tersebut sebagai balasan terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Iran.
Hizbullah sejak itu terus melancarkan serangan roket dan dron setiap hari, manakala rejim Zionis memperluas operasi darat serta serangan udara, termasuk mengebom ibu negara Lubnan pada Khamis selain beberapa kawasan lain pada Jumaat.
Serangan berterusan itu dilaporkan telah mengorbankan hampir 700 orang, manakala lebih 800,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, susulan arahan pemindahan di kawasan yang semakin meluas di seluruh Lubnan. -REUTERS