Gibran letak jawatan Naib Presiden Indonesia

Foto AFP

JAKARTA, 11 November – Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, secara rasmi mengemukakan peletakan jawatannya daripada jawatan kedua tertinggi negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengerusi Projo Budi Arie Setiadi mengesahkan perkara itu, ringkas menjawab "Ya, betul" apabila ditanya media.
  • Pengesahan dibuat sehari selepas Gibran menyatakan hasrat berundur dalam pertemuan dengan Presiden Prabowo Subianto.
  • Projo ditubuhkan untuk menyokong bekas Presiden Joko Widodo dan menyokong pasangan Prabowo-Gibran pada Pilihan Raya 2024.
  • Setiausaha Negara Prasetyo Hadi berkata Gibran menyuarakan hasrat ketika isu dokumen pendidikannya masih di Mahkamah Perlembagaan dan Mahkamah Agung.

Perkara tersebut disahkan ketua sebuah kumpulan sukarelawan yang menyokong kempennya pada Pilihan Raya Presiden 2024.

Pengerusi Projo, Budi Arie Setiadi, mengesahkan perkara itu sehari selepas Gibran menyatakan hasrat untuk berundur dalam pertemuan dengan Presiden Prabowo Subianto.

“Ya, betul,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai peletakan jawatan Gibran, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita rasmi negara, Antara, pada Rabu.

Projo, yang ditubuhkan bagi menyokong bekas Presiden Joko Widodo, bapa kepada Gibran, turut menyokong pasangan Prabowo-Gibran dalam pilihan raya presiden 2024.

Sementara itu, beberapa laporan media tempatan memetik kenyataan Budi turut mengesahkan bahawa Gibran telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Prabowo Subianto ketika pertemuan di Pangkalan Tentera Udara Halim Perdanakusuma di Jakarta pada Rabu.

Terdahulu, pada Selasa, Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi, mendedahkan Gibran telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan semasa pertemuan dengan Prabowo pada hari sebelumnya.

Prasetyo berkata, Gibran menyampaikan hasrat tersebut ketika perkembangan undang-undang berkaitan dokumen pendidikannya masih berlangsung di Mahkamah Perlembagaan dan Mahkamah Agung Indonesia.-BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.