Gempa kuat 7.4 magnitud landa timur Indonesia, amaran tsunami dikeluarkan

Gambar dikeluarkan oleh USGS

JAKARTA, 2 April- Gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 melanda kawasan timur Indonesia pada Khamis, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

RINGKASAN BERITA AI
  • USGS keluarkan amaran kemungkinan gelombang tsunami berbahaya dalam lingkungan 1,000 kilometer dari pusat gempa.
  • Gempa awalnya direkodkan magnitud 7.8 pada 6.48 pagi di Laut Maluku.
  • Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii turut memberi amaran gelombang berbahaya berpotensi dalam lingkungan 1,000 kilometer.
  • Amaran meliputi pesisir Indonesia, Filipina dan Malaysia.

USGS memaklumkan gempa itu, yang pada awalnya direkodkan pada magnitud 7.8 berlaku pada 6.48 pagi waktu tempatan di Laut Maluku.

USGS dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) yang berpangkalan di Hawaii memaklumkan gelombang tsunami berbahaya berpotensi berlaku dalam lingkungan 1,000 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pesisir Indonesia, Filipina dan Malaysia. -AFP